Fasha Sandha Nafi Hamil Lepas Ada Dakwaan Nampak ‘Baby Bump’

Sponsored

Sebut sahaja nama Fasha Sandha pastinya ramai yang mengenali pelakon berbakat besar ini. Sudah cukup lama berada di dalam industri hiburan tanah air, Fasha Sandha sememangnya memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Memiliki personaliti mesra dan sentiasa menghormati orang lain membuatkan pelakon ini sangat mudah didekati. Malah terbaharu satu rakaman yang memaparkan Fasha Sandha dikerumuni pekerja di pusat beli-belah telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Mesra layan peminat

Fasha Sandha yang mengenakan baju dress hijau nampak sangat mesra melayan peminatnya biarpun pada waktu itu dia sedang membeli-belah.

Sponsored

Berikut adalah rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini:

Ada yang kata nampak baby bump

Sponsored

Walaupun begitu, di ruangan komen video tersebut ramai yang mendakwa nampak ‘baby bump’ Fasha Sandha. Malah ada juga yang tertanya-tanya adakah Fasha Sandha sedang hamil. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Fasha Sandha nafi hamil

Biarpun begitu, di ruangan komen satu akaun Instagram yang tertanya-tanya adakah pelakon jelita ini hamil Fasha Sandha menjawab persoalan tersebut.

Fasha Sandha nafi hamil dan mengatakan yang dia sememangnya ada perut kerana ketika itu dia baru lepas makan.

Ha.. tukan empunya badan dah jawab. Baru lepas makan je rupanya. Mungkin sebab baju yang dipakai pun menjadi punca spekulasi juga.

Sumber: TikTok Faroq / Instagram Ohmymedia