Istilah ‘healing’ antara yang menjadi sebutan ramai di media sosial terutamanya di platform Tik Tok yang merujuk kepada pemulihan diri atau ‘me-time’. Baru-baru ini juga, Hanis Zalikha turut berkongsikan video ‘healing’ namun versi anak perempuannya, Alisa Aisyah.
Menerusi video yang dikongsikan itu, pelakon dan selebriti itu menunjukkan gelagat anaknya yang sedang melakukan rawatan kecantikan di sebuah spa. Di ruangan kapsyen, dia mengatakan itu merupakan sesi ‘healing’ namun mengikut versi anak perempuan.
Turut kelihatan, Alisa yang sedang menerima rawatan manicure untuk mendapatkan kuku yang bersih serta berkilat sambil memakai ‘facial mask’ pada wajahnya. Walaupun baru sahaja berusia tiga tahun, Alisa dilihat seakan-akan sudah biasa melakukannya dan cukup tenang menerima rawatan kecantikan itu.
Perkongsian video tersebut turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana rata-ratanya tercengang melihat layanan yang diberikan buat anak kepada pelakon wanita ini. Malah ramai yang berseloroh membandingkan versi ‘healing’ mereka semasa kecil dahulu yang jauh berbeza dengan apa yang diterima Alisa.
“Takut lah tengok cara dia healing, another level yang lain dari yang lain.”
“Dik, akak yang umur 27 tahun pun nak jejak spa healing macam ini pun azab. Ini dah lawan hukum untuk kakak-kakak dewasa.”
“Ini healing level kayangan lah dik.”
Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian kepada Hanis Zalikha yang gigih memberikan layanan terbaik untuk anaknya itu. Dalam masa yang sama, netizen turut memuji kecomelan Alisa yang tenang menerima rawatan kecantikan itu mengalahkan orang dewasa sahaja.
Sekadar info, Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.