Fatin Afeefa Akhirnya Luah Perasaan Sebenar, “Saya Dah Penat Tanggung Biawak Hidup…”

Sponsored

Perkongsian terbaru dari Fatin Afeefa baru-baru ini telah menjadi bualan ramai apabila pelakon itu seakan-akan berkongsikan bayangan tentang kisah hidupnya dahulu. Menerusi sesi ‘live’ yang dilakukan di Tik Tok, Fatin seperti ingin mengatakan dia pernah menanggung kehidupan keluarganya satu ketika dahulu.

Menurut pelakon itu, dia pernah menanggung ‘biawak hidup’ di dalam kehidupannya dan mengakui sudah berasa penat serta tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak ada menyebut mana-mana nama di dalam sesi ‘live’ tersebut.

Sponsored

“Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup. Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang.”

Bersyukur dengan suami sekarang

Dalam masa yang sama, Fatin meluahkan rasa syukur dengan suaminya Aliff Awang atau mesra dipanggil Opai yang sentiasa menjaga keperluannya sebagai seorang isteri. Tambah pelakon itu, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, mencintai ‘biawak hidup’ tidak akan dapat memberi makan kepada dirinya dan anak-anak.

Sponsored

“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja.”

Terdahulu, Fatin Afeefa dan bekas suaminya Adam Shahz gagal mencapai kata sepakat dalam tuntutan hak penjagaan anak mereka. Sekadar info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan namun kemudiannya bercerai pada tahun 2017.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok