Peminat Abam Dedah Sengsara Hidayah Sejak Hari Pertama Pemergian Suami, “Kaut Duit Dalam Jug…”

Sponsored

Kemelut di antara Ali Puteh dan kakak iparnya, Hidayah kembali hangat diperkatakan gara-gara pelawak itu mendakwa wanita itu telah melakukan perbuatan syirik di hadapan kediaman arwah Abam Bocey. Namun pelawak itu telah memadam semula video tersebut tidak lama selepas ianya dimuat naik.

Terbaru, seorang individu berkongsikan sisi berbeza pelawak itu susulan kemelut yang masih berpanjangan di antara Ali Puteh dan Hidayah ini. Di dalam komen yang dikongsikan semula oleh ahli keluarga Hidayah, individu itu yang mengatakan dia adalah peminat arwah menceritakan kisah yang terjadi semasa hari pemergian arwah Abam.

Sponsored

Menurutnya, dia bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Hidayah dan mendedahkan beberapa situasi yang membabitkan wang ringgit. Individu itu mendakwa dia melihat semua yang terjadi di hadapan matanya semasa hari pemergian Abam dan berharap kebenaran akan terbongkar.

Katanya lagi, peminat Abam boleh mendedahkan perkara sebenar yang terjadi namun memilih untuk mendiamkan diri dan tidak ‘melayan’ perkara tidak benar yang berlegar sekarang ini. Dalam masa yang sama, individu itu turut menyuarakan sokongan sepenuhnya kepada Hidayah di dalam hal ini.

Sponsored

“Dah 3 tahun pun kitorang as fans arwah yang bijaksana tetap di pihak benar. Sebab dari arwah hidup fans memang rapat dengan arwah. Selalu je datang rumah arwah lepak-lepak dengan kak Hidayah. Kitorang tahu mana kaca mana permata.”

Sebelum ini, Ali Puteh memaklumkan dia bersetuju untuk membayar saman perintah mahkamah sebanyak RM60,000 kepada Hidayah secara ansuran. Namun Hidayah tidak bersetuju dan meminta pelawak itu melunaskan bayaran itu dengan segera kerana telah memberikan tempoh masa yang agak lama.

Sponsored

Kemelut di antara balu arwah Abam dan Ali Puteh kembali menjadi bualan selepas Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kunjungannya ke kediaman milik suaminya itu tidak dilayan. Malah kedatangan wanita itu bersama peguamnya tidak diendahkan selepas menunggu hampir sejam di luar.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberfacebook