Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Jelaskan “Harap Semua Bertenang..”

Sponsored

Sebut sahaja nama Zizan Razak pastinya ramai yang terbayangkan lawak selamba figura ini. Berbakat besar dalam menghiburkan orang ramai, Zizan antara selebriti verstail yang memiliki barisan peminatnya sendiri.

Masih bujang, sebelum ini beberapa nama selebriti wanita pernah dikaitkan dengan Zizan Razak. Malah perkongsiannya baru-baru ini dengan foto bersama Hawa Rizwana juga turut undang tanda tanya dan spekulasi ramai.

Sponsored

Menerusi foto Zizan Razak tersebut dilihat Hawa Rizwana mengenakan telekung berwarna lilac duduk bersebelahan selebriti berasal dari Terengganu tersebut. Dilihat kedua-duanya tersenyum malu.

Malah apa yang membuatkan perkongsian ini menjadi spekulasi ramai adalah kapsyen yang ditulis Zizan Razak itu. Berikut adalah perkongsian foto bersama Hawa Rizwana ini:

Sponsored

Ditulis di ruangan kapsyen, Zizan Razak memberitahu supaya semua bertenang dan janji akan war-warkan. Disebabkan itu, menerusi ruangan komen ramai yang bertanyakan tentang hubungan mereka berdua. Berikut antaranya:

“Duit dah banyak Zan. Umur pun nak dekat 40an dah. Pegi jumpa terus family Hawa tu…”

Sponsored

“Hurm skrip yang sama..Tau2 si dia jadi bini orang”

“Kami tumpang gembira”

Susulan itu Zizan Razak tampil menjelaskan sebenarnya perkongsian foto tersebut adalah untuk memberitahu projek terkini dia bersama Hawa Rizwana. Berikut adalah penjelasan dari Zizan Razak mengenainya:

Kalau betul pun apa salahnya kan? Dua-dua pun belum berpunya. Moga ada jodoh Zizan Razak satu hari nanti.