Anak Neelofa, Bilal Sambut Hari Jadi Pertama, Ramai Geram! “Kedek-kedek Dia Jalan Sana Sini”

Sponsored

Sejak semalam kecoh di media sosial dengan beberapa perkongsian rakaman sekitar majlis ulang tahun kelahiran anak sulung Neelofa dan Pu Riz, Bilal. Majlis ringkas itu turut dihadiri teman rapat dan keluarga selebriti tersebut.

Video yang tular itu memaparkan majlis dengan bertemakan safari bagi meraikan Muhammad Bilal. Sudah tentunya majlis ini membuatkan ramai tertumpu pada anak kecil yang sangat comel itu.

Sponsored

Malah salah satu perkongsian rakaman yang mana Muhammad Bilal yang berjalan ke sana-sini sekitar majlis berkenaan telah membuatkan ramai geram dengan gelagatnya itu.

Berikut adalah salah satu perkongsian rakaman anak Neelofa, Bilal sambut hari jadi pertamanya yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok:

Sponsored
@seorangnur

Kedek kedek dia jalan sana sini 🤣😂 Geyammm lahh tengok birthday boy ni 🥰 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

Perkongsian video Bilal sambut hari jadi ini dengan paparan gelagat comel si cilik ini telah meraih jutaan tontonan. Di ruangan kapsyen tertulis seperti berikut:

“Kedek kedek dia jalan sana sini”

Sponsored

Malah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi teruja mereka menyaksikan gelagat comel anak selebriti ini. Berikut antaranya:

“Bakpe comel sangat Bilallll niee..MasyaAllah”

“Sejuk mata memandang. Comel sangat sangat Muhammad Bilal”

“So cute + enshem boy! Tapi aku ghisau betul tempat letak kek tu terbalik ditepuk2 nya Bilal”

“Tengok anak dia pakai simple je hahaha tak payah pakai over2. Dah budak pakai gitu je la kan nak sambut besday lebih selesa tak serabut”

Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan Neelofa hamil dengan paparan selebriti ini mengusap perutnya semasa majlis berkenaan. Namun sehingga ke hari ini Neelofa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

SumberTiktok