Foto mesra Fasha Sandha & Nora Danish buat netizen gembira

Sponsored

Kelibat dua pelakon terkenal, Fasha Sandha dan Nora Danish dengan kelakuan mesra mereka mengundang netizen turut gembira. Kedua-dua pelakon jelita ini dilihat berkumpul di kediaman bekas mertua mereka, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Mengenakan busana serba merah, Nora Danish dan Fasha Sandha membuatkan orang ramai memberikan pujian dengan sikap keduanya yang kini berbaik. Menerusi Instagram, Fasha Sandha dilihat memuat naik beberapa keping foto namun dia dan pelakon Puteri itu mengundang mereka menjadi tumpuan.

Sponsored

“Thanks atok, Tah dan family. Rayfal turns 10 Alhamdulillah,” tulis Fasha Sandha ringkas di Instagram. Perjumpaan keluarga tersebut difahamkan kerana merai ulang tahun kelahiran anak Fasha Sandha dan Jejai yang diberi nama Putra Rayfal Ramli yang ke-10.

Turut kelihatan keluarga Jejai bersama Fasha Sandha serta keluarga Nora Danish. Perkongsian Fasha Sandha bagaimanapun dihujani pelbagai reaksi senang peminat.

Sponsored

Fazura juga dilihat menyukai foto dikongsikan Fasha Sandha itu dan komen daripada Nora Danish turut membuatkan Fasha Sandha meninggalkan respon panjang bagi mengucapkan terima kasih buatnya yang digelar sebagai mummy gorgeous.

“Lovenya gambar ni”

Sponsored

“So hepi semua dah hepi bahagia bersama”

Fasha Sandha juga berterima kasih kepada Nora Danish kerana melayan dia dan anak-anak dengan baik dan dalam pada masa turut meluahkan rasa syukurnya.