Netizen Malaysia teruja ‘hujani’ komen di video TikTok pelakon Bollywood terkenal

Sponsored

Pelakon, Jonny Lever mendapat perhatian warganet Malaysia pula selepas satu muat naik rakaman video menarik tumpuan mereka. Dia yang juga sering terlibat dalam filem terkenal Bollywood mengundang orang ramai begitu teruja kerana dapat melihatnya.

Mana tidaknya, Jonny Lever begitu sinonim dengan watak lucu dalam kebanyakan filem dibintanginya sehingga tidak hanya dinegaranya malah di Malaysia juga sama menjadi sorotan.

Sponsored

Menerusi perkongsian video pelakon legend ini, Jonny Lever dilihat bersama dua lagi individu. Mereka mengikuti trend platform tersebut dimana ketiga-tiganya menari. Namun begitu, seperti biasa aura lawak pelakon Bollywood terkenal ini membuatkan orang ramai tertawa lagi.

Meskipun content video dikongsikan ini pelakon, Jonny Lever dilihat menari namun ia sudah cukup membuatkan ramai netizen Malaysia terhibur dan menghujani ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu.

Sponsored

Kata netizen Malaysia, wajah Jonny Lever ini sudah cukup dikenali sebagai salah seorang pelakon legend dan kesemua lakonannya juga dipuji dan membuatkan penonton suka melihat dia.

“Wow dia ni kalau berlakon dalam cerita tamil semua lawak-lawak. Aku suka tengok dia”

Sponsored

“Betul ke yang depan tu orang yang saya minat, tak pernah bosan tengok filem dia”

“Minat pelakon ni kelakar gila kalau ada dalam filem Bollywood memang gelak tengok”

“Dia ni kalau kat Malaysia macam Bell Ngasri”

“Love uncle from Malaysia, minat giler”