“Tak mungkin kami bercinta,” Raykarl Iskandar jawab hubungan dengan Mia Sara

Sponsored

Raykarl Iskandar merupakan pelakon kanak-kanak yang cukup terkenal di kaca televisyen. Sinonim dengan watak kanak-kanak, pelakon ini mempunyai ramai peminat yang menyukai bakatnya yang boleh berlakon dengan sangat baik. Bakat Raykarl Iskandar juga mengundang penonton tidak jemu menonton lakonannya.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka pelakon cilik ini sudah menginjak usia 18 tahun tetapi dia masih dalam watak yang sama. Biarpun begitu, masih diberikan kepercayaan untuk berlakon membuatkan Raykarl Iskandar bersyukur dan tidak kisah dengan sebarang watak ditawarkan kepada dirinya.

Sponsored

Pelakon kanak-kanak terkenal dengan berpuluh-puluh watak pernah dilakonkannya ini memegang prinsip sebagai seorang pelakon perlu lakukan perkara tidak disukai. Ia kerana untuk kekal bertahan dalam industri seni tanah air.

“Jujurnya bosan asyik dapat watak sama seperti watak kanak-kanak. Apapun saya akan terus buat dan tak kisah watak yang diterima.”

Sponsored
Raykarl Iskandar

Menerusi sumber, Raykarl Iskandar juga menafikan dia dan rakan seangkatannya, Mia Sara sedang bercinta. Gara-gara hubungan rapat dia dan pelakon tersebut sehingga ada yang berharap mereka menjadi pasangan kekasih namun Raykarl berkata hubungan dia dan Mia Sara tak lebih dari sekadar rakan rapat.

“Kami sudah berkawan sejak kecil dan sangat rapat. Kenal pun dah lama sangat dan tak mungkin kami bercinta.”

Sponsored
Raykarl Iskandar

Raykarl Iskandar dan Mia Sara juga antara pelakon kanak-kanak yang begitu mendapat perhatian selepas digandingkan dalam cerita Strawberi & Karipap.

SumberUtusan