Fuad Rahman Dan Tom Bernikah Di Batam, Indonesia, Ada Sebab Pilih Disatukan Di Sana…

Sponsored

Pasangan penyanyi yang kedua-duanya menyertai Gegar Vaganza, Fuad Rahman dan Tom hari ini selamat diijab kabulkan di Batam, Indonesia. Sebelum ini gelagat pasangan bercinta ini sering menjadi perhatian ramai di sosial media.

Memetik laporan mStar, Fuad Rahman dan Tom bernikah di Batam Indonesia kerana untuk memudahkan urusan. Menurut pengurus kepada Tom, pasangan ini memang merancang untuk bernikah lebih awal di Kuala Lumpur.

Sponsored

“Kalau buat di Kuala Lumpur, banyak urusan perlu diselesaikan termasuklah perihal bekas isteri Fuad. Mereka akan daftar pernikahan ini sebaik pulang ke tanah air nanti,” kata pengurus kepada Tom iaitu Alan.

@rajakingtom

Before n after..hehe yayyy …!!!dh kawin…alhamdulillah… #tomfuadrahman #gegarvaganza9 Fuad Rahman 2k22 Mohamed Fuad

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Menerusi perkongsian di Instagram Stories milik Tom, dipaparkan foto cincin yang tersedia untuk disarungkan. Turut tertulis di muat naik tersebut adalah seperti berikut:

Sponsored

“Semoga urusan kami dipermudahkan hari ini”

Berikut adalah muat naik tersebut:

Sponsored

Dalam muat naik berbeza, Tom berkongsikan foto tangannya memegang erat suaminya dengan kapsyen berbunyi, “Yeay dah sah pasni pegang2 dah tak kena marah dah”

Untuk rekod, pasangan ini pernah bercinta sekitar 2005 namun terputus disebabkan Fuad ditahan polis dan menjalani hukuman. Namun cinta kembali berpaut selepas kedua-duanya menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-9.

Malah sejak itu pasangan ini dilihat sering memuat naik video dan foto melakukan aktiviti bersama. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Tom dan Fuad!