Aksi Remy Ishak Dan Maya Karin Menari Jadi Bualan, Peminat Akui Macam Pelakon Sepanyol!

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon Remy Ishak dan Maya Karin? Nama kedua-dua pelakon ini bukanlah baru dalam dunia hiburan tanah air. Malah Remy Ishak dan Maya Karin juga pernah digandingkan bersama dalam filem.

Bagaimanapun baru-baru ini video dengan aksi Remy Ishak dan Maya Karin menari bersama telah menjadi perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan kedua-duanya sangat mesra menari bersama.

Sponsored

Bagaimanapun difahamkan dua pelakon ini sebenarnya sedang berlatih tarian untuk penggambaran dan sempat bertanyakan maklum balas mengenainya kepada netizen.

Berikut adalah perkongsian rakaman Remy Ishak dan Maya Karin menari bersama yang dikongsikan menerusi akaun TikTok pelakon wanita berkenaan:

Sponsored

Dalam perkongsian itu juga dapat dilihat kedua pasangan ini berjaya membawakan babak menari tersebut dengan jayanya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui ‘cair’ melihatkan gaya dan penampilan Remy Ishak dalam rakaman tersebut.

Malah ada juga yang akui suka lihat dua pelakon ini bergandingan bersama. Ada nampak keserasian dalam lakonan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

Sponsored

“Oh my remy..What happen to u..I memang tak leh la kahwin ngan artis..Nak meletop jantung ni tengok Remy pegang Maya macam tu”

“Natural aging dia..Still cantik…Semoga sentiasa sihat ye..Ceria selalu”

“Remy Ishak ka tu? Ingat lelaki Sepanyol”

“Remy Ishak dah macam pelakon Sepanyol”