Beberapa hari lalu kecoh industri hiburan apabila seorang lagi pelakon lelaki buat hal dan telah pun menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi panggilan telefon. Pelakon lelaki tersebut dikenali dengan nama Hafidz Roshdi.
Sebelum ini ada dakwaan Hafidz Roshdi curang dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Khabarnya ada wanita lain dalam hubungan mereka. Biarpun begitu, di sebalik kekecohan tersebut akhirnya berpisah sudah pasangan suami isteri ini.
Terbaharu, Nurul Shuhada dilihat mula berniaga dan memuat naik logo perniagaannya di laman Instagram miliknya. Berikut adalah perkongsian Shuhada mula berniaga ini:
Menerusi satu lagi muat naik, Shuhada akui akur bergelar ibu tunggal dan memulakan perniagaan ini sebagai kelangsungan hidup.
Menerusi muat naik itu Shuhada atau lebih senang dipanggil Shu akui saat ini adalah paling mencabar dalam kehidupannya. Tulisnya seperti yang semua tahu kini Shu bergelar ibu tunggal dan dia akan berusaha berniaga untuk kelangsungan hidup dengan anak-anak.
Tambahnya lagi dia mahu mengubah persepsi tentang ibu tunggal dan memohon orang ramai untuk beri sokongan pada perniagaannya nanti.
Selain itu Shu juga berterima kasih kerana mendapat sokongan ramai dan tak kurang juga yang memberi semangat kepadanya.
“Shu berani cakap , shu tak pernah semangat macam mana shu semangat saat ni . tamparan hebat ni buat shu yakin yang shu kena lebih kental and lebih berdikari . i will get through this ! you too besteehh!
Shu juga berazam tidak akan bergantung pada pihak berkenaan.
“Jadi, shu pilih untuk bina sumber pendapatan shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan . azam ni bukan azam sementara . ini azam mutlak !”, tulis Shuhada mula berniaga ini.