Penyanyi Fyna Jebat mengaku dirinya sudah pun berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang timbul. Sebelum ini, nama adik kepada Ayda Jebat ini menjadi sebutan ramai selepas dia dikatakan sah menjadi isteri jurulatih terbabit.
Semalam menerusi sidang media program Famili Duo, Fyna mengesahkan berita berkenaan dan memberitahu dia kini adalah isteri kepada bekas jurulatih pasukan Penang FC dan Melaka United. Walau bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pernikahannya itu.
“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.”
Fyna turut meluahkan rasa syukur dengan pernikahannya itu selain berterima kasih kepada mereka yang memberikan komen baik-baik untuknya. Dalam masa yang sama, Fyna turut mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dia dan keluarga.
Penyanyi itu turut meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut kerana perlu fokus kepada program Famili Duo ini. Sementara itu, kakak kepada Fyna iaitu Ayda Jebat memberitahu dia berasa lega dengan keberanian adiknya mendedahkan mengenai status perkahwinannya kepada umum.
“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu dikatakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.”
Terdahulu, media melaporkan seorang bekas jurulatih berusia lingkungan 60-an telah selamat berkahwin dengan adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal negara. Susulan ‘hint’ yang dikongsikan di media sosial itu, ramai yang menyebut nama Fyna Jebat sebagai wanita yang dimaksudkan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.