Apabila dengar sahaja orang bekerja di sektor awam, pasti ramai membayangkan mereka mempunyai masa depan yang terjamin namun ia tiada salahnya tetapi jika tersalah langkah dan gagal mengurus kewangan sedikit atau banyak gaji mereka, ia bukanlah ukuran untuk hidup terjamin.
Jika tersalah langkah, tempiasnya pula akan terkena dekat orang sekeliling. Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai isteri kepada seorang tentera.
Luahan isteri jadi tumpuan ramai
Sejak kelmarin tular rakaman video daripada radio Sinar apabila luahan seorang wanita bergelar isteri kepada seorang tentera membuatkan orang ramai turut menangis mendengarkannya apabila bahagia menikahi suaminya itu cuma seketika selepas akhirnya dia mengetahui lelaki tersebut berdepan dengan hutang sehingga menyebabkan gaji habis dan berbaki hanya negatif kosong sahaja.
Hantaran yang dikongsikan semula menerusi Suria Malaysia tersebut bagaimanapun turut viral di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada pelbagai pihak. Namun begitu, team Suria iaitu Ajak, Shuib dan Suraya dipuji ramai kerana menjadi pendengar yang sangat baik.
“Salute team morning suria! Kalau terima caller macam sis ni, diorang sangat relax dan menjadi pendengar dan penasihat yang sangat baik! Especially Ajak!”


“Best sangat topik morning morning suria. Kadang-kadang mengalir air mata kalau yang bab-bab sedih tu”

“Sedih gila dengar dia nangis hujung-hujung tu”

“Dengar pagi tadi, sambil drive saya nangis”
