Kongsi drama baru, komen netizen dibalas Shukri Yahaya, “Saya jamin laki awak akan nangis…”

Sponsored

Sebelum ini beberapa pelakon, Hannah Delisha dan Puteri Sarah Liyana ada berkongsikan perkembangan drama lakonan mereka yang masih dalam penggambaran berjudul Andai Itu Takdirnya.

Drama tersebut dibintangi oleh kedua pelakon jelita berkenaan bersama Shukri Yahaya dan beberapa lagi pelakon hebat yang lain. Difahamkan juga drama Andai Itu Takdirnya adalah diadaptasi daripada novel judul yang sama.

Sponsored

Walau bagaimanapun, nampaknya terbaharu menerusi setiap akaun pelakon yang terlibat ada memuat naik video teaser Andai Itu Takdirnya yang akan menemui penonton tidak lama lagi. Umum diketahui, karya Siti Rosmizah Ismail sentiasa tidak mengecewakan penonton.

Apatah lagi pada kali ini juga, ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang mana kelainan watak dibawa Shukri Yahaya seperti akan membuatkan ramai emosi di hadapan kaca televisyen.

Sponsored

Muat naik Shukri Yahaya itu bagaimanapun turut menerima komen daripada peminat yang sempat berseloroh memberi amaran kerana ia diadaptasi daripada novel yang sedia tahu akan membuatkan pembaca menangis dan berharap drama juga meninggalkan kesan yang sama.

“Awas yee kalau tengok drama aku tak nangis sebab masa baca novel ni dulu selok aku nangis sampai bengkak mata”

Sponsored

“Ala takutnya nak tengok cerita ni sedangkan baca novelnya pun hatiku macam-macam, ni kan pulak…”

“Shukri Yahya is the best actor for me bha, minat sangat-sangat. Tak kisahlah jadi jahat ka, baik ka, semua dia buat all out”

“Ni kalau hujung-hujung getback balik aku baling remote kat tv tu”