Gelagat Fazura & Fattah Amin cuit hati ramai, “Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”

Sponsored

Pasangan selebriti kesukaan peminat, Fazura dan Fattah Amin sememangnya sering menjadi sorotan ramai. Gelagat pasangan sama cantik, sama padan ini bagaimanapun sekali lagi nampaknya menarik tumpuan peminat mereka.

Umum diketahui, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan ketika itu pasangan ini begitu menjadi perhatian apabila tahu-tahu sahaja kedua-dua selebriti popular ini berkahwin. Lebih bahagia pula, Fazura dan Fattah Amin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada awal Oktober 2020.

Sponsored

Pasangan bahagia kesukaan ramai

Terbaharu Fazura dan suami nampaknya membuatkan peminat begitu suka melihat gelagat sweet mereka apabila Fazura memuat naik satu rakaman video pendek memaparkan dia ditolong Fattah Amin membetulkan tudungnya.

Sponsored
@fazuraofficial

Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih.. anyway, loveee you @Fattah Amin 😚

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura berseloroh diruangan kapsyen pula yang mencetuskan gelagat dia bersama Fattah Amin mencuit hati ramai dan dalam pada itu, kehidupan bahagia pasangan selebriti ini tanpa kontroversi menyebabkan peminat memberikan pujian diruangan komen

‘Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni’

Sponsored

‘Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan’

‘Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah’

‘Eee cantiknya Kak Faz! Love gila bila pakai baju sekolah. Nampak muda sokmo!’