Rancangan realiti TV berjudul Famili Duo yang ditayangkan di TV3 ini sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu. Juara pada musim ini jatuh kepada Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dengan membawa pulan RM100,00.
Persembahan pasangan adik-beradik ini setiap minggu cukup menghiburkan dan kreatif sekali. Pada malam akhir itu, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah menyanyikan lagu Potret nyanyian asal Akim & Majistret, Pelukan Angkasa milik Shila Amzah dan SOG, Bunga lagu Altimet, Hutang nyanyian Floor 88 dan Kau Pun Sama nyanyian asal Syamel.
Di tempat kedua adalah milik pasangan adik-beradik Jebats iaitu Ayda Jebat dan Fyna Jebat dengan membawa pulang RM20,000. Tempat ketiga pula pasangan sepupu Bella Astillah dan Wanie Kayrie dengan hadiah RM15,000.
Bagaimanapun, hadiah juara dan naib juara dimenangi oleh pemenang dipertikaikan netizen apabila dikatakan terlalu jauh berbeza. Juara memenangi RM100,000 manakala naib juara hanya membawa pulang RM20,000.
Malah ada yang mendakwa agak kurang berbaloi bagi pemenang naib juara dengan jurang hadiah berbeza dengan juara. Berikut antara reaksi ramai yang mendakwa terlalu berbeza jurang hadiah juara dan naib juara yang ditinggalkan di ruangan komen ini:
“Amaun tak masuk akal. Kesian yang nombor 2,3,4. Yea pon bagi lah nampak adik sikit untuk pemenang lain. Hargai dorang sikit dengan penat lelah tiap minggu”
“Jauh naw duit nya..Juara 100k, naib bagi la 50k..ni 20k je..beza betol..Tapi tahniah kepada pemenang”
“Jauh betul beza juara dengan naib juara”