Influencer Jelaskan Isu ‘Jual Muka’ Untuk Dapat Makanan Percuma, “Dibayar Untuk Buat Content…”

Sponsored

Terdahulu, tular di Twitter perkongsian sebuah video memaparkan gelagat influencer yang ‘menjual muka’ untuk mendapat makanan secara percuma di sebuah restoran Arab terkenal di ibu kota. Perkongsian video itu kemudiannya telah menerima kecaman dan kritikan hebat netizen yang menonton.

Malah ramai yang mengutuk tindakan influencer tersebut yang seolah-olah meletakkan maruah mereka di kaki semata-mata untuk mendapatkan makanan percuma. Di dalam video tersebut, influencer itu memberikan ‘pickup line’ kepada pekerja kedai di mana akhirnya mereka diberikan makanan tanpa perlu membayarnya.

Sponsored

Susulan kecaman hebat yang diterima, salah seorang dari gadis itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai video yang tular ini. Menurutnya, video tersebut hanyalah ‘content’ semata-mata dan mereka sebenarnya dibayar untuk mempromosikan kedai shawarma itu.

Aku dibayar oleh shawarma untuk buat content promote ya. Ni kali kedua owner shawarma nak repeat sebab content pertama blow up cuma takde pulak orang nak repost dekat twitter eh?”

Sponsored

Dalam masa yang sama, influencer itu menjelaskan sebelum ini juga mereka pernah melakukan ‘content’ yang sama namun tidak menerima kecaman hebat seperti ini. Tambahnya, dia tidak menyangka ramai netizen yang tidak dapat membezakan ‘content’ di media sosial dan realiti sebenar.

Komen netizen

Walapun telah memberikan penjelasan, rata-rata netizen menasihati influencer terbabit untuk tampil dengan idea yang lebih baik untuk konten berbayar seperti ini. Malah ada juga yang tidak percaya video tersebut merupakan ‘paid review’ seperti yang didakwa oleh influencer terbabit.

Sponsored

Video yang dikongsikan semula di Twitter itu telah menerima lebih dua juta tontonan setakat ini. Walaupun menerima kecaman hebat, netizen mengakui video tersebut berjaya meraih tontonan ramai di media sosial dalam masa yang singkat.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter