Hafidz Roshdi Perli Netizen Di Instagram, Ruangan Komen Penuh Dengan Kata-Kata…

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kontroversi kes pelakon lelaki didakwa curang dan menafikannya. Biarpun kes ini tiada sebarang kenyataan dan pengakuan dari pelakon berkenaan, namun ia terus menjadi bualan hangat warganet.

Pelakon lelaki yang terpalit dengan isu ini adalah Hafidz Roshdi. Sebelum ini netizen menghidu ada masalah dalam rumahtangganya selepas pelakon tersebut memadam foto isterinya di Instagram.

Sponsored

Namun pelakon ini menafikan perkara tersebut. Kini ada pula yang menyebarkan tangkap layar mesej dari Hafidz Roshdi kepada wanita ketiga yang hadir dalam rumahtangganya itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Hafidz Roshdi perli netizen dengan memuat naik satu foto dan kapsyen di Instagram peribadinya seperti berikut:

Sponsored

Kapsyen perli berbunyi, “tengah komen kat bawah ke tu?” itu telah membuatkan lagi ramai yang memeriahkan ruangan komen di muat naik tersebut. Ini menunjukkan yang pelakon tersebut sedar akan ‘caci maki’ warganet kepadanya mengenai isu sedang hangat itu.

Malah ramai yang cuba menegur Hafidz Roshdi mengenai gosip hangat tersebut. Berikut antara ‘teguran’ yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Hafidz Roshdi perli netizen itu:

Sponsored

“Dia tau pula orang duk pakat komen, kesian anak2 kecil lagi kena hadap perangai gatal si ayah…”

“Curang itu pilihan bro! Kenapa pilih untuk curang?”

“Patutlah tak update gambar wife rupanya ada hati yang perlu dijaga ya”

“Sol be like: Tq bro take over”