Mesej Didakwa Dari Hafidz Roshdi Kepada Seorang Wanita Tular, Siap ‘Bersayang’ Curi Perhatian!

Sponsored

Kontroversi dan gosip terhangat kini, pelakon dikenali dengan nama Hafidz Roshdi didakwa curang dengan isterinya. Sebelum ini ada dakwaan pelakon tersebut ada masalah rumahtangga selepas dituduh curang namun dinafikan oleh Hafidz Roshdi.

Namun semalam kecoh pula apabila isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik kata-kata yang menjurus kepada pendedahan dakwaan sebelum ini adalah benar. Malah tangkap layar dari luahannya itu telah menjadi tular di sosial media.

Sponsored

Dalam luahan isteri pelakon ini menulis rumahtangga yang dibina seakan diganggu orang ketiga sehingga dia merasa cukup derita. Namun begitu Hafidz Roshdi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Mesej ‘bersayang’ didedahkan

Namun begitu, terbaharu tular pula dengan satu tangkap layar dengan paparan mesej didakwa dari Hafidz Roshdi dengan seorang wanita di media sosial. Berikut adalah muat naik yang dikongsikan itu:

Sponsored

Dalam tangkap layar yang dikongsikan ini pelakon tersebut meminta foto wanita berkenaan dan sempat memanggilnya ‘sayang’. Pendedahan mesej didakwa dari Hafidz Roshdi yang dikongsikan oleh satu akaun Instagram ini telah meraih perhatian ramai.

Reaksi netizen

Malah di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka dan menasihati pelakon lelaki ini seperti berikut:

Sponsored

“Taste Hafidz memang macam ni kot yang jenis tak makeup sangat”

“Bole tak lelaki single lepas ni buat 1 club senang perempuan single nak cari jodoh. Macam dah takde lelaki lain dah eh”

“Sebenarnya tiap perempuan ada cantik masing-masing. Tapi yang jadi tak cantik, bila kacau orang lain punya. Tu je yang not so nice sister”

“Lepas ni boleh la buat persatuan penyondol malaysia..Yang bujang berlambak..Nak jugak laki orang”