Pagi ini Hafidz Roshdi tiba di mahkamah bagi perbiacaraan kes dakwaan pukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Umum sedia tahu kemelut rumahtangga pelakon kontroversi ini hingga dakwaan pukul isterinya ketika di dalam kereta R&R.
Disebabkan tumbukan bertubi-tubi itu, Shuhada alami kecederaan dan dijahit di bahagian pipinya. Hari ini Hafidz Roshdi tiba di mahkamah diiringi peguamnya.
Dalam perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram Melodi TV3 dilihat Hafidz Roshdi tiba dengan memakai cermin mata hitam bersama jaket kelabu.
Berikut adalah perkongsian rakaman pendek ketibaan pelakon kontroversi ini di mahkamah untuk perbicaraan tersebut:
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa amarah mereka mengenai apa yang telah berlaku pada bekas isteri pelakon ini. Malah tak kurang juga yang mempersoalkan gaya pakaian Hafidz Roshdi ini yang dikatakan macam mahu pergi anugerah.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ketibaan pelakon ini yang telah mencuri perhatian ramai:
“Moga berpihak pada Shuhada. Lelaki ganas untuk betina penyondol. Moga tak berbalik kepada family ko Hafiz”
“Pakai baju gitu nak tunjuk yang ko sangat berkeyakinan untuk hadap kes kau kat mahkamah tu..Haha bodoh sendiri, tanggung lerr”
“Kau semestinya cuak kena masuk coury. Kau sememangnya nervous untuk masuk kandang masa pertuduhan dibacakan. Aku harap ada prima facie, kau kena bela diri dan sabit”