Walaupun baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital, pelakon Fasha Sandha tetap menghadiri Tonton Anugerah Drama Sangat yang berlangsung malam tadi. Pelakon wanita itu dilihat menghadiri majlis tersebut dengan memakai kaca mata hitam susulan kecederaan pada mata kirinya itu.
Fasha memberitahu mata kirinya itu masih lagi belum sembuh sepenuhnya namun dia menghadiri majlis anugerah itu di atas komitmen kerjanya. Menurutnya, dia kini sedang menunggu waktu yang sesuai dan memastikan bengkak pada muka surut dahulu untuk melakukan pembedahan pada bahagian matanya itu.
“Rawatan susulan itu ada, kemungkinan perlu jalani pembedahan sebab walaupun dari luaran bengkak dah makin surut. Tapi tulang itu patah dan ada darah beku di dalam.”
Difahamkan, pelakon itu mungkin perlu melakukan pembedahan itu selain terdapat darah beku pada bahagian dalam matanya. Dalam masa yang sama, Fasha memberitahu keadaan matanya juga sangat tidak selesa malah penglihatannya tidak berapa jelas buat masa ini.
“Keadaan mata saya sangat tidak selesa ketika ini. Saya masih boleh nampak tapi tak berapa jelas. Bila kita sakit mata dia ada memberi kesan sehingga sakit kepala.”
Terdahulu, Fasha Sandha mengalami kemalangan di set penggambaran semasa melakonkan babak pergaduhan bersama pelakon Azhan Rani. Di dalam video sebalik tabir itu, Fasha hilang keseimbangan diri semasa ditolak oleh pelakon lelaki itu sehingga menyebabkan kepala dan matanya terhantuk pada bucu katil.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.