Konflik dan kemelut rumahtangga pelakon kontroversi Hafidz Roshdi ini siapa sahaja yang tidak tahu kini. Meletuskan pertikaian dan buah mulut ramai, kisah pelakon ini dan bekas isterinya, Shuhada terus mendapat perhatian umum.
Terbaharu pasangan ini dilihat berbalas surat terbuka menerusi akaun Instagram milik masing-masing. Ini secara tidak langsung nama Shuhada dan Hafidz Roshdi kembali menjadi perhatian ramai.
Buat live di IG untuk berniaga
Selain dari itu, Shuhada yang sudah pun diceraikan bekas suaminya menerusi panggilan telefon meneruskan hidup dengan berniaga. Buat permulaan Shuhada berniaga produk makanannya sendiri di Instagram live.
Perkongsian rakaman Shuhada berniaga secara live di IG demi kelangsungan hidup ini telah mendapat perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian tersebut:
Difahamkan Shuhada menjual biskut bersama sos dan keunikan ini telah membuatkan ramai sokong wanita kuat tersebut untuk menyara dua anaknya.
Netizen simpati dan sedih
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati melihatkan ketabahan Shuhada mengharungi ujian hidupnya itu. Berikut antara komen ramai mengenai Shuhada berniaga secara live di IG demi kelangsungan hidup ini:
“Aku sebagai lelaki, kesian tengok keadaan Shu..Dahla kena tumbuk, 11 jahitan..Betul ex husband si Hafidz kan bagi nafkah..Tapi Shu mesti rasa dia kena cari rezeki jugak untuk anak-anak”
“Saya tengok Shu mesti nak nangis”
“Shu kuat be strong. Buktikan Shu kuat dan boleh bahagiakan anak-anak tanpa dia..”
“Tengok video ni kan teringat tengok video first time Intan dulu time bangkit buat paid review apa semua.. Soon inshaAllah you deserve better”