Beberapa hari lalu pelakon aksi terkenal di Malaysia, Hairul Azreen memberitahu kepada umum bahawa penggambaran filem The Original Gangster terpaksa dihentikan disebabkan oleh kecederaan lutut dialaminya.
Kecederaan tersebut menyebabkan pelakon terkenal ini perlu melalui pembedahan dan memerlukan tempoh tertentu untuk sembuh. Biarpun sedang dalam proses penyembuhan, Hairul Azreen aktif berkongsikan mengenai keadaannya yang terkini di sosial media.
Terbaharu satu video Hairul Azreen sedang membuat fisioterapi telah mencuri perhatian ramai. Ini kerana Hairul Azreen boleh berjalan semula tak sampai seminggu alamai kecederaan.
Berikut adalah perkongsian rakaman keadaan terkini Hairul Azreen yang sembuh dalam masa yang agak singkat ini:
“Alhamdulillah saya dah boleh jalan tak sampai seminggu , terima kasih semua yang doakan saya”, tulis Hairul Azreen di ruangan kapsyen TikTok miliknya itu.
Perkongsian rakaman dengan keadaan terkini Hairul Azreen boleh berjalan biarpun tak sampai seminggu alami kecederaan ini telah membuatkan ramai terkejut dengannya.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Bro vampire ke. Orang acl amik masa lama nak jalan macam ni. Apa2 pun speedy recovery”
“Kira cepat jugak la acl dah boleh jalan sikit2. Salah satu punca badan dia dan berat dia main peranan juga dan beri keseimbangan dan tak beri tekanan sangat pada lutut”
“Cepat gila..Padu…”
“Jangan pakse boss. Barang nak pakai lama. Pelan2 aje. Enjoy masa rehat ni”