Rakaman Reen Rahim & suami jadi tumpuan netizen, “Nak jugak sorang macam ni”

Sponsored

Penikahan pelakon yang popular dengan watak Kak Su yang dibintangi oleh Reen Rahim, 34, dengan seorang jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada Disember lalu membuatkan ramai tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Meskipun tidak pernah terpalit kontroversi percintaan yang mana Reen Rahim hanya mendedahkan selepas selamat berkahwin menyebabkan orang ramai memberikan pujian terhadap mereka. Walau bagaimanapun, kini peminat Reen Rahim sendiri dapat melihat gelagat sweet mereka.

Sponsored

Gelagat Reen Rahim dan suami jadi bualan

Menerusi ruangan media sosial milik Reen Rahim nampaknya sekali lagi gelagat dia dan suami dengan pantas mencuri tumpuan ramai. Kelihatannya Reen Rahim dibantu Ahmad Nur Hazim untuk bersenam.

Sponsored

Namun begitu, telatah mereka disamping lagu kegemaran Reen Rahim yang bertemakan Bollywood mencetuskan pasangan bahagia ini menarik perhatian ramai yang turut seronok melihat keserasian mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata bagi peminat ada yang menyifatkan pasangan sama cantik, sama padan itu, meski kahwin lambat tapi asalkan bila sudah berkahwin terus bertemu dengan yang tepat.

Sponsored

‘Ni lah ustaz-ustaz kata, lambat kahwin takpe tapi bila dah kahwin terus dapat yang tepat’

‘Tengok pun nak gelak, suke korang. Sweet kadang-kadang gile, bahagia selalu ya’

‘Nak jugak sorang macam ni’

‘Takde ke lagi sorang lelaki macam ni, pinang saya cepat please’