Hannah Delisha dipuji penonton, “Watak dia bukan isteri yang lemah”

Sponsored

Kini lebih banyak drama yang ditayangkan di kaca televisyen memaparkan kisah bertemakan keluarga. Ia juga membuatkan peminat drama tempatan begitu menantikan tayangan drama terbaharu yang mengandingkan Hannah Delisha dan Shukri Yahaya berjudul Andai Itu Takdirnya.

Memasuki episod yang keenam, Hannah Delisha bagaimanapun turut berkongsikan video teaser diruangan Instagram peribadinya. Namun begitu, ternyata dia dihujani komen positif penonton yang memberikan pujian dengan watak dilakonkan Hannah Delisha pada kali ini.

Sponsored

Umum diketahui, Hannah Delisha dalam drama tersebut memegang watak Aleya yang diseksa selepas menikahi Syed Aizril lakonan Shukri Yahaya.

Hantaran Hannah Delisha yang berkongsikan teaser dalam episod ke-6 pada malam ini itu mengundang ruangan komen dihujani dengan ratusan reaksi daripada peminat yang menonton drama terbaharu lakonan Hannah Delisha tersebut.

Sponsored

Bagi peminat yang meninggalkan komen memuji Hannah Delisha adalah disebabkan watak isteri dilakonkan dalam drama Andai Itu Takdirnya dilihat tidak lemah seperti drama-drama lain. Kata peminat dalam pada lembut, ada tegasnya sekali gus bangkit untuk diri sendiri.

‘Dia dah lama pendam dendam jadi suami baik dengan Mia Adriana dulu’

Sponsored

‘Best gila sebab watak dia bukan isteri yang lemah macam drama-drama lain. Geram je kalau tengok tapi yang ni isteri dia…’

‘Hari hari tak sabar nak tengok citer ni…’

‘Aku suka tengok sebab heroin dia tak lembik, lau lembik malas aku layan’