Shuhada pasang peguam tuntut keadilan demi anak, “…Yang salah akan dapat balasan setimpal…”

Sponsored

Umum sedia tahu akan keadaan rumahtangga pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah pun berakhir menerusi lafaz cerai di telefon beberapa minggu lalu.

Malah kisah mereka ini menjadi perhatian ramai sekali lagi apabila Shuhada mendakwa ditumbuk berkali-kali hingga mendatangkan kecederaan di wajahnya oleh Hafidz Roshdi. Disebabkan kejadian ini pelakon tersebut dihadapkan di mahkamah dan mengaku tidak bersalah.

Sponsored

Namun Hafidz Roshdi diperintahkan untuk membuat rawatan psikatari di Hospital Bahagia, Ulu Kinta Perak. Terbaharu, Shuhada pasang peguam tuntut keadilan demi anak-anaknya.

Menerusi satu muat naik di Instagram akaun milik wanita tersebut, dikongsikan tentang perkara itu. Tulis Shuhada, semua itu adalah demi kebenaran dan untuk anak-anaknya.

Sponsored

Menerusi ruangan kapsyen, Shuhada menulis Allah yang maha mengetahui setiap aoa yang berlaku dan dia mengharapkan semoga dipermudahkan urusan untuk menegakkan keadilan dunia.

Malah Shuhada turut menu;is yang di akhirat nanti, yang salah tetap akan mendapat balasan yang setimpal. Ini adalah perjalannya dan untuk anak-anak, Shuhada dihadirkan dengan seorang peguam hebat yang akan bantu mereka.

Sponsored

“..di akhirat kelak, sejauh mana berlari, tetap yang salah akan mendapat balasan yang setimpal. THIS IS MY JOURNEY, THIS IS FOR MY KIDS, Allah hadirkan seorang peguam hebat yang akan bantu kita sayang, humairah and umar, in shaa Allah”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan Shuhada ini yang mempertahankan hak dirinya dan anak-anak. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Shuhada pasang peguam ini:

“Saya doakan yang baik2 untuk awak Shuhada..Saya tak berada di tempat awak..Bahagiakan diri dan anak2 cari cinta Allah..”

“Nasib baik Shu dah keluar daripada perkahwinan ni..Pesakit mental (kalau betul laa) ingat senang ke nak jaga? Dia boleh pukul lagi bila2 masa..”

“Lawan, dan jangan pandang belakang lagi..Masa depan awak lebih cerah tanpa orang tu..Kejar impian awak..”