Badan ‘sado’ Aedy Ashraf dibualkan ramai, disangka suami Marian Rivera

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, pelakon Aedy Ashraf nampaknya beberapa kali menjadi perhatian peminatnya diruangan Instagram apabila dia berkongsikan hantaran menampakkan badannya yang dilihat semakin sado.

Walau bagaimanapun menjengah ke ruangan Instagram milik pelakon filem popular Tentang Bulan ini difahamkan dia terlibat dalam sebuah filem terbaharu yang akan ditayangkan nanti. Pelakon hero popular drama ini sepertinya filem tersebut memaparkan watak berbeza yang pernah dilakonkan oleh Aedy Ashraf.

Sponsored

Pun begitu, menerusi satu rakaman video Aedy Ashraf terbaharu ini pula mengundang dia dengan pantas menjadi sorotan ramai di platform tersebut. Mana tidaknya, ia sekali lagi membuatkan orang ramai dapat melihat badan sado pelakon ini yang tentu sahaja ia memerlukan penjagaan tersendiri.

Jadi melihatkan perkongsiannya ada peminat juga meminta tips daripada dirinya. Dalam pada itu, video yang mendapat ribuan tanda suka ini, ada juga peminat merasakan bahawa pelakon ini sudah boleh memegang watak aksi.

Sponsored

Mengikut tinjauan diruangan komen juga, ternyata ada juga yang menyangka perkongsian Aedy Ashraf itu adalah suami kepada pelakon popular, Marian Rivera iaitu Dingdong Dantes. Ternyata tidak hanya nama itu sahaja menjadi sebutan peminat yang menyamakan dirinya dengan selebriti lain, ini kerana dia juga dikatakan seperti pelakon filem Twilight iaitu Jacob.

‘Aku ingat tadi suami Marian Rivera tadi weh’

Sponsored

‘Da boleh bawa watak ganas kaw kaw da gini’

Aedy Ashraf

‘Aku rasa tahap level handsome dia ni lagi berganda’

Aedy Ashraf

‘Jacob Twilight Malaysia’