Pelakon otai dikenali dengan nama Kazar Saisi sejak akhir-akhir ini menjadi perhatian umum selepas terpalit dengan kontroversi anaknya, Ira yang menjadi isteri kedua kepada pelakon terkenal, Syamsul Yusof.
Lebih panas lagi apabila kontroversi tersebut turut terkena tempias kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Malah pengakuan Syamsul yang mendakwa dia dan Ira bernikah di Thailand dengan bersaksikan Kazar sendiri.
Biarpun namanya sering menjadi bualan hangat ramai, namun Kazar memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang reaksi kepada berita-berita panas mengaitkan anaknya itu.
Banyak bersabar dan perbaiki diri
Sempena melalui bulan Ramadan ini, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 berkenaan mengakui banyak bersabar. Malah menurutnya juga bersabar jugalah yang banyak dia belajar sejak akhir-akhir ini.
“Ramadan ini kena banyak bersabarlah…Itu yang abang belajar sejak akhir-akhir ini. Dan terbuktilah kesabaran itu ada ganjarannya”, kata Kazar Saisi hormati bulan Ramadan.
Selain dari itu Kazar juga berkata masa puasa ini dia jarang untuk ‘layan’ sosial media seperti Instagram dan lain-lain sebagai hormati bulan Ramadan kini.
“Bulan Ramadan ni, macam saya IG apa semua kuranglah tengok. Menghormati bulan Ramadan. Kita cuba untuk perbaiki”
Karya Mamat Khalid paling dirindui
Tambahnya lagi bila tiba bulan Ramadan yang paling dirindui adalah karya-karya dari Arwah Mamat Khalid. Seorang pengarah kreatif dengan idea-idea menghiburkan namun terselit pengajaran di sebaliknya.
“Apa yang tak boleh lupa Arwah Mamat Khalid. Karyanya yang tiada pengganti. Life must go one. Kita banyak berbincang sebenarnya untuk babak-babak dalam karyanya sepertu 16 Puasa, 18 Puasa dan lain-lain. Karya dia tu dalam ketawa banyak pengajaran tapi sekarang dah tak de lagi lah”