Pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi bagi sebutan kes permohonan cerai yang difailkan pelakon wanita itu. Selain daripada konflik rumah tangganya ini, Farid turut ditanyakan oleh pihak media mengenai isu saman dari Syamsul Yusof.
Semasa diajukan mengenai isu tersebut, Farid Kamil hanya memberikan reaksi keliru dan mengatakan dia tidak mengenali individu yang bernama Syamsul Yusof. Pelakon lelaki itu juga kemudiannya berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan media mengenai hal saman tersebut.
“Siapa tu? Siapa tu? Apa tu?….Saya tak kenal siapa dia.”
Syamsul mahu saman
Sebelum ini, Syamsul mengatakan dia bakal menyaman Farid Kamil di atas beberapa kenyataan yang dimuat naiknya di Instagram Story mengenai dakwaan dia pernah memukul wanita. Di dalam sidang media yang dilakukan baru-baru ini, Syamsul enggan mengulas lanjut sebaliknya mahu menyelesaikan isu itu di mahkamah.
“Awak sedar tak? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau? Maaf cakap, sebab buktinya tak ada kerana benda tak betul.”
Terdahulu, Farid mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana (dipercayai merujuk kepada Diana Danielle) namun tiada sebarang tindakan dikenakan. Farid memuat naik kenyataan itu sehari selepas Puteri Sarah mendakwa pernah dipukul oleh Syamsul Yusof pada tahun 2020.
Sekadar info, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih pada tahun 2005 namun hubungan mereka terhenti pada tahun 2008. Pelakon wanita itu kemudiannya bercinta dengan Farid Kamil sebelum mereka akhirnya mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.