Syamsul Yusof Puji Ira Kazar -“Isteri Kedua Memang Dengar Kata Tak Keluarkan Sebarang Kenyataan”

Sponsored

Umum sedia tahu pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sudah pun mengakui bernikah dengan Ira Kazar menjadikan anak pelakon senior itu sebagai isteri keduanya. Sebelum ini Syamsul Yusof dikatakan akan menyaman RM10 juta kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Saman itu didakwa kerana pihak JAWI mengeluarkan kenyataan fitnah kepada keluarganya yang dia sudah berkahwin lagi. Dalam satu kenyataan terbaharu dari Syamsul Yusof menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Sponsored

Kata pengarah itu, dia berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari 2023 dan telah mendaftarkan perkahwinan di Malaysia selepas itu. Jelas Syamsul lagi, dakwaan dia sudah berkahwin sebelum tarikh tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak benar dan ianya satu fitnah. Isteri saya semua kata saya dah kahwin. Jadi saya tetap nak saman. Terlalu banyak perkara dinyatakan Sarah adalah tidak benar.”

Sponsored

Selain dari itu Syamsul juga menyatakan dakwaan Ira Kazar datang ke set penggambaran adalah tidak benar. Malah pengarah dan pelakon berusia 39 tahun ini juga mengakui yang isteri keduanya itu sememangnya mendengar kata.

Sempat juga Syamsul Yusof puji Ira Kazar kerana mendengar kata supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sponsored

“Saya minta maaf. Isteri kedua saya memang mendengar kata. Dia tak pernah keluar sebarang kenyataan dan kalau ada pun sikit sahaja. Tentang Ira buat akaun palsu, sejauh mana kebenaran itu?”, kata Syamsul Yusof puji Ira Kazar.