Ibu Shila Amzah Muat Naik Foto Wanita Di IG Dengan Kapsyen…Cetus Tanda Tanya

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak pula kisah keretakan rumahtangga, orang ketiga dan sebagainya melibatkan hubungan suami isteri selebriti tanah air.

Terbaharu desas-desus mengenai rumahtangga penyanyi terkenal era 80an, Dato ND Lala yang didakwa ada isteri lain pula mula tersebar. Kontroversi itu sebelum ini tidak disahkan oleh ibu kepada Shila Amzah.

Sponsored

Namun menerusi muat naik terbaharu ibu Shila Amzah di Instagram miliknya dipaparkan foto seorang wanita dengan kapsyen berbunyi seperti berikut:

“Isteri Dato’ Ndlala..Datin Siti Munirah Abd Ghani ndlalaofficial”

Sponsored

Muat naik menerusi akaun Instagram dengan nama mamazie68 itu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet. Selain itu ia juga menimbulkan spekulasi bahawa wanita terbabit adalah isteri kedua ND Lala .

Bagaimanapun memetik laporan Berita Harian, difahamkan wanita berkenaan adalah kenalan rapat Shila Amzah dan sering menghadiri acara di rumah penyanyi berkenaan. Malah penyanyi itu juga pernah memuat naik mencari wanita berkenaan di Insta Story miliknya.

Sponsored
Muat naik di IGS Shila Amzah sebelum ini

Dalam perkembangan sama, Shila Amzah memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. Malah Shila juga minta masa untuk menyelesaikan isu ‘penyondol’ dalam rumahtangga ibu dan bapanya itu.

Selain dari itu, ibu Shila Amzah juga tidak memberikan sebarang reaksi selepas muat naiknya di Instagram itu menerima ratusan komen dari netizen.