Nadiya Nisa Akui Tak Sangka Kisah ‘Jaga Aku Selamanya’ Benar Ada Dalam Masyarakat

Sponsored

Satu lagi karya drama tempatan yang berjaya meraih perhatian ramai dan mampu mengusik emosi penonton yang menyaksikannya, ‘Jaga Aku Selamanya’. Drama ini mengisahkan tentang seorang isteri yang membesarkan anak-anaknya dalam serba kekurangan dek kerana suaminya penagih.

Lakonan hebat aktres Nadiya Nisa dan beberapa pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat. Selepas beberapa episod tayangan menerusi slot Lestary di TV3, ramai penonton yang mula meninggalkan reaksi mereka mengenai jalan cerita drama tersebut.

Sponsored

Menerusi perkongsian pelakon utama Jaga Aku Selamanya di Instagram miliknya baru-baru ini, beberapa pengguna media sosial menceritakan bahawa isu sebegini memang wujud dalam kehidupan seharian di Malaysia. Berikut antara pendedahan yang dimuat naik itu:

Malah di ruangan kapsyen, Nadiya Nisa akui tak sangka kisah sebegini sebenarnya wujud dalam kehidupan realiti kita hari ini. Selain dari itu Nadiya juga turut memberitahu watak Maya ini sukar baginya kerana dia kena percaya memang ada kejadian sebegini dalam dunia realiti.

Sponsored
Salah satu babak dalam Jaga Aku Selamanya

Turut dikepilkan juga beberapa berita mengenai kejadian hampir sama yang berlaku dan dijadikan rujukan buat Nadiya Nisa semasa berlakon.

“Moment paling pedih adalah penyesalan yang dibawa sampai ke mati. Kenapa lah aku cepat sangat percaya orang…”

Sponsored

Nadiya Nisa akui tak sangka kisah ini wujud dalam masyarakat juga memberitahu kepada umum, drama ini adalah secebis usaha mereka untuk membangkitkan empati sesama insan.