Pengunjung ‘Rempuh’ Butik Baju Melayu, Didakwa Salah Faham Harga RM1 Jadi Punca

Sponsored

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tinggal beberapa minggu sahaja lagi, ramai umat Islam mula membuat persediaan menyambutnya. Buat yang sudah bekeluarga bukan sahaja menyediakan kuih muih, malah baju raya juga menjadi antara keutamaan.

Bagaimanapun, persiapan hari raya di sebuah butik pakaian di Shah Alam telah menjadi huru-hara apabila orang ramai menyerbu sempena pembukaannya. Difahamkan butik itu diserbu selepas ada yang mewar-warkan harga baju melayu dijual dengan harga hanya RM1.

Sponsored

Tidak melepaskan peluang tersebut, orang ramai mula beratur seawal pagi di depan butik berkenaan. Namun begitu beberapa video selepas pembukaan premis itu menjadi tular apabila pengunjung ‘rempuh’ butik baju melayu berkenaan.

Keadaan menjadi tidak terkawal dan huru hara selepas pengunjung dapat tahu dakwaan jualan baju melayu RM1 hanya dengan syarat-syarat tertentu.

Sponsored

Kekalutan pengunjung ‘rempuh’ butik baju melayu membuatkan polis turut turun bagi mengawal keadaan. Turut didedahkan oleh seorang pengguna TikTok, keadaan huru hara itu membuatkan ada pengunjung ambil kesempatan dengan membaling-baling kotak baju melayu dan ada juga yang mengambil tanpa bayar.

@uciluna_

Ya Allah Dipermudahkan lah urusan kami di bulan ramadhan ini 🤲🏻🙏🏻 #starvilion #uciluna #wakdoyok #masukberanda #viral

♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Menerusi perkongsian itu juga, akhirnya butik pakain terbabit diminta untuk tutup. Meninjau di ruangan komen, ada yang memberitahu pengunjung sebenarnya berang selepas mendapat info tidak tepat mengenai harga pakaian.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai perkongsian mengenai kekalutan dan kekecohan tersebut:

“Dia cakap datang nak bagi free pun aku tak caya. Senang cita dia cakap 10, 12 aku tak caya. So memang aku tak caya langsung”

“Salah faham ni..Uci cakap RM1 untuk 100 orang sahaja. kalau tak silap saya”

“Zaman sekarang jangan mudah percaya sangat..Rasa tak de bajet nak beli..Pakai apa yang ada..Beraya ikut yang kita mampu”

SumberTikTok