Ibu Shuib Dedah Punca Sebenar Anaknya Enggan Sertai SRL, “Diperli, Dimalukan Dalam Bilik Meeting…”

Sponsored

Ibu kepada pelawak Shuib memuat naik satu kenyataan di Instagram bagi mempertahankan anaknya yang kini menjadi bualan ramai. Sebelum ini, Jep telah memberikan kenyataan mengatakan Shuib enggan menyertai program Sepahtu Reunion Live kerana telah digantung selama dua episod.

Semuanya gara-gara Shuib melakukan satu lawak berunsurkan lucah yang tidak sesuai untuk tontonan program itu. Setakat ini, Shuib tidak memberikan sebarang kenyataan balas malah pihak pengurusannya juga tidak membenarkan pelawak itu mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan Jep.

Sponsored

Terbaru, ibu kepada Shuib memberitahu dia menyokong keputusan anaknya untuk tidak lagi menyertai program tersebut. Menurutnya, Shuib sering dipandang hina seperti orang yang tidak bermaruah oleh sahabatnya sendiri.

“Sebagai ibu saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu kerana lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, dia turut mempersoalkan tindakan sahabat anaknya yang dikatakan menghina Shuib di hadapan orang ramai. Tambahnya, semasa Shuib disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), anaknya itu dilayan seperti seorang pesalah oleh sahabatnya sendiri.

“Di mana yang dikatakan sahabat. Bila saat sahabat seperjuangan dikenakan tindakan, tiada sahabat yang mempertahankan. Malah dia (Shuib) dimaki dan dihina lagi oleh sahabat sendiri di depan orang ramai.”

Sponsored

“Diperli, dimalukan di dalam bilik meeting seolah-olah macam dia takde maruah.”

Salamiah berkata anaknya itu tidak mahu membuka aib sahabatnya sendiri dan disebabkan itu dia sering menukar kenyataan semasa ditanya oleh wartawan. Shuib memberikan alasan dia membawa diri kerana syarikat televisyen namun sebenarnya itu bukanlah punca utama.

Selain itu, Shuib juga memilih untuk tidak lagi menyertai program tersebut kerana tidak mahu maruahnya terus dipijak oleh orang di sekelilingnya. Justeru itu, dia membuat keputusan untuk membawa haluan sendiri dan tidak lagi meneruskan program Sepahtu Reunion Live.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram