Ibu Syamsul Anggap Ini Hasutan Orang Ketiga, Minta Puteri Sarah Lawan Dan Ada Bukti

Sponsored

Pada Selasa, Syamsul Yusof telah buat tuntutan nusyuz terhadap isterinya Puteri Sarah di Mahkamah bersama peguamnya. Tindakan Syamsul Yusof ini menjadi tanda tanya pada Puteri Sarah kerana selepas empat tahun rumahtangga bergolak dan tiba-tiba perkara tersebut menjadi isu yang diketengahkan ke mahkamah.

Malah tindakan Syamsul Yusof ini dalam pada sama mendedahkan dakwaan mengatakan Puteri Sarah curang dan berhubungan dengan bekas kekasih semasa di kolej yang juga suami orang.

Sponsored

Puteri Sarah tak gentar

Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan bapa dua anak ini. Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak gentar dengan tuduhan tersebut dan yakin berada di pihak yang benar. Berikut adalah muat naik di Instagram Stories mengenai isu dan dakwaan yang timbul itu:

Meskipun begitu, seperti yang semua tahu ibu kepada Syamsul Yusof berdiri teguh di belakang Puteri Sarah mengenai kemelut rumahtangga yang anak dan menantunya itu sedang hadapi.

Sponsored

Ibu Syamsul anggap hasutan orang ketiga, terus beri sokongan

Terbaharu, ibu Syamsul anggap ini hasutan orang ketiga dan terus memberikan sokongan kepada Puteri Sarah. Ibu Syamsul Yusof yang juga pemilik akaun Instagram dengan nama DP Fatimah meninggalkan reaksinya di ruangan komen sebuah portal berita mengenai dakwaan yang timbul terbaharu itu.

“Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti ini semua hasutan orang ketiga. Allah bersama orang2 yang teraniaya!”, tulis ibu Syamsul anggap isu ini timbul kerana orang ketiga.

Sponsored

Terdahulu, Syamsul Yusof enggan lafazkan talak pada Puteri Sarah di Mahkamah Syariah kerana percaya masih ada sinar dalam hubungan mereka untuk berbaik semula.