Percayakan Chacha rakam ‘gender reveal’ Emma Maembong kecewa, netizen dekah nampak rumput

Sponsored

Umum diketahui, pelakon jelita Emma Maembong sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sulung pada 8 November 2020 yang diberi nama Shariq Gabriel. Dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar bagaimanapun bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Terbaharu, Emma Maembong menjadi tumpuan selepas mengadakan majlis gender reveal untuk bayi keduanya. Majlis tersebut nampaknya dihadiri ramai ahli keluarga terdekat dan suasana itu semakin meriah selepas diumumkan jantina anak kedua mereka.

Sponsored

Majlis gender reveal jadi tumpuan

“Pengajaran to myself never trust your sister to take your videos Chacha Maembong,” tulis Emma Maembong diruangan kapsyen dan nampaknya peminat Emma Maembong selain terhibur, turut setuju video dirakam Chacha Maembong itu membuatkan mereka pening.

Sponsored

Mana tidaknya, pada awal rakaman video Chacha Maembong itu kelihatan jelas nampak pasangan berkenaan namun selepas didedahkan jantina bayi mereka, rakaman menjadi huru hara sehingga hanya dapat melihat rumput.

Namun begitu, rata-rata peminat dan pengikut Emma Maembong merasa seronok dan menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah apabila dia bakal menimang cahaya mata lelaki sekali lagi.

Sponsored

‘Aw yay gang boy’

‘Videographer ke laut, congrats on the 2nd baby’

‘Hahaha sakit kepala kami tengok camera pusing pusing’

‘Perempuan kalau excited mana ingat dia tengah buat apa. Silap-silap hp pon dia campaknya…’