Bagi mereka yang mengikuti kes rumahtangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana pastinya sedia tahu bahawa ibu mertua pelakon itu sering berada di belakang menantunya.
Biar apa juga kenyataan dikeluarkan oleh anaknya sendiri, Syamsul, isteri kepada Yusof Haslam iaitu Datin Patimah sentiasa berdiri teguh di belakang Puteri Sarah.
Mahu anak dan menantu berdamai tapi bersyarat
Terbaharu ibu Syamsul itu mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya dengan nama dpatimah012. Dalam kenyataan tersebut ibu Syamsul mahu Puteri Sarah berdamai. Namun anaknya perlu mengikuti syarat sekiranya pelakon berusia 39 tahun itu mahu berbaik.
Tulisannya itu adalah mengenai keadaan rumahtangga anak dan menantu Datin Patimah yang kini masih bergolak.
Puteri Sarah berhak buat keputusan sendiri
Bagaimanapun, Datin Patimah turut menyokong dan menghormati apa juga keputusan Puteri Sarah sekiranya menantunya itu tetap ingin bercerai dan meneruskan kehidupan bersama dua anaknya, Syamsul dan Sumayyah.
Selain itu Datin Patimah turut meminta orang ramai jangan buat sebarang spekulasi mengenai rumahtangga dan ujian yang sedang dihadapi anak dan menantunya itu.
Minta orang ramai jangan buat spekulasi
“Assalam jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat. Tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak”
Berikut adalah muat naik yang ditulis oleh ibu Syamsul mahu Puteri Sarah berdamai tapi dengan bersyarat yang dikongsikan di Instagram miliknya ini:
Ramai kata untung Sarah dapat mertua…
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Datin Patimah ini. Malah ramai juga yang menganggap Puteri Sarah bertuah kerana memiliki ibu mertua baik sebegini. Berikut antaranya:
“The best MIL..Sentiasa di belakang PSL untuk lalui semua ini…”
“Beruntung Puteri Sarah Liyana dapat mertua yang baik macam ni. Tak semua orang dapat mertua sebegini walau dah tak ada hubungan dengan Sol pasni jaga hubungan baik ni elok2”
“Baik betul MIL. Walaupun baik dan sayang PS tapi dia tetap faham situasi menantu, tak ada la mentang2 sayang PS Datin paksa untuk berbaik dengan anak sendiri, salute”