Shuhada Kongsi Foto Anak Dan Keadaannya Yang Paling Terkesan, “Sebab Semua Jadi Depan Mata Dia”

Sponsored

Situasi perbicaraan cerai antara pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya masih belum berjaya selesai.

Bagaimanapun, baru-baru ini Shuhada ada memaklumkan terima surat tuntutan dari pihak ketiga disebabkan perkongsian luahan hatinya mengenai keretakan rumahtangganya sebelum ini.

Sponsored

Anak dapatkan rawatan…

Terbaharu, Shuhada turut berkongsikan satu muat naik dengan paparan foto anak perempuannya. Melihatkan lokasi di tagged oleh wanita ini, foto itu dirakamkan di sebuah fasiliti kesihatan, Jabatan Psikatari.

Di ruangan kapsyen, Shuhada menulis dengan memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya yang diberi nama Humairah ini. Tambahnya lagi, Humairah kini sedang cuba terima semua yang terjadi.

Sponsored

Mohon doa orang ramai

“Doakan Humairah ye semua 🤲🏻❤️, Humairah tengah cuba nak adapt everything, she is so strong like Aisyah R.A. 😊🤲🏻 #childpsychiatry #mogaAllahadilisebaiknya#anakanakibutaksalah #kifarahallahitupasti”

Berikut adalah muat naik Shuhada kongsi foto anak ini di Instagram miliknya baru-baru ini:

Sponsored

Muat naik Shuhada kongsi foto anak dengan kapsyen tersebut telah membuatkan ramai meninggalkan komen dengan mendoakan keadaan Humairah ini. Malah ada juga yang bertanya kenapa dengan anak Shuhada ini.

“Kenapa ngan anak ni Shu?” tanya seorang pengguna media sosial ini.

Shuhada jawab apa yang berlaku

Menjawab persoalan tersebut, Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu menerangkan mengapa anaknya perlu dapatkan rawatan di pusat kesihatan tersebut.

“Tengah lalui ujian Allah yang berat juga, humairah kuat, dialah yang paling ter affected sebab semua jadi depan mata dia, tak perlu nak mengadu domba , dia seorang yang sangat cerdik”

Semoga yang baik-baik sahaja buat anak Shuhada ini.