Tinggal lagi seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan dan akan disambut dengan meriah dan gembira.
Umum sedia tahu akan kisah rumah tangga pelakon dan model terkenal, Puteri Sarah Liyana kini. Setelah berbalas kenyataan, berjuang di mahkamah syariah akhirnya kata sepakat untuk bercerai diperolehi Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
Difahamkan Syamsul Yusof akan melafazkan talak pada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini di Mahkamah Syariah.
Terbaharu ibu Syamsul Yusof sayu apabila mendapat tahu Puteri Sarah akan membawa anak-anaknya beraya di luar negara.
“Hari raya Puteri Sarah dan anak2 akan membawa diri keluar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!”, luah ibu Syamsul Yusof sayu mengenai perihal tersebut di Instagram Stories miliknya.
Sebelum ini tular di sosial media apabila Puteri Sarah menceritakan rutin setiap kali hari raya ketika sesi live di TikTok. Dalam rakaman semula yang dimuat naik itu, Puteri Sarah menceritakan setiap malam raya dia dan anak-anaknya akan bermalam di rumah mertuanya.
Pada keesokan harinya mereka akan beraya bersama-sama. Tambahnya lagi biarpun masih tidak tahu pada hari itu nanti dia masih isteri orang atau pun tidak, namun dia tetap menganggap Datuk Yusof Haslam dan isterinya sebagai ibu dan bapanya.