Pengguna media sosial yang sering mengikuti salah seorang TikToker terkenal terkejut apabila si isteri membuat pendedahan bahawa TikToker tersebut curang dengan staff sendiri. Pendedahan tersebut begitu mengejutkan buat netizen sehingga mereka hangat diperkatakan sejak semalam.
Isteri kepada TikToker tersebut yang dikenali sebagai Shermine Hau-Ah Moi telah memuat naik beberapa pendedahan termasuklah bukti foto serta mesej perbualan wanita terbabit dan suaminya di WhatsApp.
“Finally tuhan dah nampak, siapa yang jadi penyondol siapa tanggung lah tu… Kalau nak main, jangan main laki orang. Bukan tak cantik, janganlah jadi perampas. I bagi you live, bagi you kerja bukan bagi you laki tau? Let’s start the war, photo nanti slow slow up.” Tulisnya di Facebook.
Tidak hanya itu, menerusi paparan mesej perbualan yang didedahkan menunjukkan kedua-duanya mula bersayang-sayang serta begitu mesra sehingga memakai baju sedondon dan sebagainya.
Lebih mengejutkan juga, Shermine Hau-Ah Moi mendakwa suaminya itu seorang yang panas baran dan kaki pukul. Dia turut memuat naik satu rakaman video yang membuatkan netizen juga tidak menyangka akan hal itu.
Walau bagaimanapun, Shermine Hau-Ah Moi mendedahkan juga dirinya kini terpaksa bersembunyi di satu tempat kerana bimbang dengan suaminya itu yang dipercayai akan mencederakan dia dan anak-anak.
Komen netizen