Hidayah Abam Bawa Hamzah Berubat, Ramai Doakan Moga Cepat Sembuh…

Sponsored

Sebelum ini balu kepada Allahyarham Abam dikenali dengan nama Hidayah atau Dayah Abam ada memuat naik satu video memohon bantuan orang ramai mengenai gangguan mistik dialaminya dan anaknya, Hamzah.

Menerusi rakaman tersebut Dayah Abam memohon orang ramai jika ada kenal dengan pakar rawatan alternatif bagi merawat gangguan mistik dialaminya. Malah abang kepada Dayah Abam juga turut berkongsikan bagaimana anak saudaranya itu alami kejadian aneh.

Sponsored

Terbaharu Hidayah Abam bawa Hamzah berubat dengan memuat naik satu video perkongsian di TikTok miliknya. Menurut Hidayah, dia membawa Hamzah mandi di Telaga Tok Sheikh sebagai salah satu ikhtiar berubat buat anaknya.

Malah Dayah turut meluahkan menerusi perkongsian video tersebut seperti berikut:

Sponsored

“Ibu akan buat yang terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang nak kata. Hanya Allah yang mengetahui semua. Sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita alami dari anak ibu kecil hingga sekarang.”

Tambahnya lagi, ada sebab mengapa Dayah tidak memuat naik video atau gambar Hamzah. Menurutnya jika dia berbuat demikian, pada malam itu pasti akan terjadi sesuatu.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen perkongsian video Hidayah Abam bawa Hamzah berubat ini, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata mendoakan kepada dua beranak ini untuk diberikan kesembuhan. Berikut antaranya:

“Buat lah apa2 pun Hidayah janji Dayah dan Hamzah sihat..Semoga Allah lindungi Dayah dan keluarga”

“Kesian lah anak yatim ni jangan dianiaya..Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan”

“Ya Allah semoga Dayah kuat untuk Hamzah”

SumberTikTok