“Icon is back”- Akhirnya Little Miss Khan kembali di Instagram, komen kakak2 juga jadi tumpuan

Sponsored

Pempengaruh dan model terkenal yang juga merupakan adik kepada Neelofa, Ameera Khan nampaknya sebentar tadi dihujani dengan ratusan reaksi ramai apabila selepas sekian lama menyepi daripada menggunakan laman media sosial di Instagram peribadinya sehingga mengundang rasa rindu ramai akhirnya kembali.

Ameera Khan atau turut dikenali dengan panggilan Little Miss Khan diruangan Instagram (IG) miliknya mempunyai jutaan pengikut apabila dia menggunakan akaun tersebut untuk berkongsikan perkembangan kerjaya mahupun aktiviti dilakukannya namun dia sekali lagi dilihat menyepi dengan tidak meninggalkan sebarang foto.

Sponsored

IG Little Miss Khan ‘kosong’

Disebabkan Instagram peribadinya ‘kosong’, Neelofa juga pernah menjawab tentang perkembangan adiknya yang difahamkan berehat daripada media sosial dan itu bukanlah kali pertama dia melakukan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa hari lalu Ameera Khan mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat bersama ibunya, Datin Noor Kartini berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Sponsored

Dalam dua posting terbaharu Ameera Khan juga meluahkan rasa gembiranya dengan memaklumkan pemergiaan dia kesana adalah hadiah ulang tahun kelahiran yang terbaik disamping memuat naik beberapa keping foto.

Netizen dan rakan selebriti serta kakak-kakaknya iaitu Noor Nabila dan Athisha Khan juga dalam beberapa minit melihat perkongsian Ameera Khan itu turut sama meninggalkan komen mereka.

Sponsored

‘Love you my sister’

Little Miss Khan

‘Icon is back’

‘Kami semua rindu kakak’