Pilih Tema Bollywood, Peminat Puji Kemeriahan Majlis Berinai Reen Rahim Dikatakan Cantik Sangat!

Sponsored

Pelakon wanita yang cukup sinonim dengan watak lakonannya sebagai Kak Su ini nampaknya bakal menamatkan zaman bujangnya. Reen Rahim antara pelakon jelita yang akhirnya mendedahkan akan bernikah dengan seorang jejaka dengan nama panggilan Encik H.

Dalam perkongsian menerusi Instagram milik pelakon ini, nampaknya majlis berinai Reen Rahim telah pun berlangsung malam tadi. Kemeriahan majlis ini dimuat naik dalam beberapa perkongsian di sosial media miliknya.

Sponsored

Untuk info, Reen Rahim pernah membuat sidang media mendedahkan mengenai bakal suaminya itu. Katanya bakal suami Reen Rahim ini adalah ahli perniagaan dan penggiat seni serta berusia enam tahun lebih muda dari pelakon wanita tersebut.

Perkongsian rakaman menunjukkan persiapan Reen Rahim dari bersolek dan dipaparkan juga dengan kehadiran rakan selebriti memeriahkan lagi majlis berkenaan. Berikut antara perkongsian yang memaparkan kemeriahan majlis berinai Reen Rahim ini:

Sponsored

Bakal pengantin ini dilihat cukup jelita dengan mengenakan busana berona kuning terserlah keayuannya. Malah Reen Rahim turut mengenakan dua pasang pakaian berbeza.

Di ruangan komen pula ramai peminat puji akan kecantikan Reen Rahim pada majlis tersebut. Malah ada juga yang mengatakan Reen Rahim seiras pelakon Bollywood, Juhi Chawla. Berikut antara yang ditinggalkannya:

Sponsored

“Dah agak dah malam berinai mesti tema Bollywood. Cantik sangat”

“Same Juhi Chawla”

“Bollywood asal ni nampak lawa terus Reen Rahim”