Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, banyak video dan gambar yang dikongsikan di media sosial memaparkan gelagat selebriti beraya di kampung masing-masing. Terdahulu, tular video sambutan raya di rumah keluarga Kazar yang turut dihadiri oleh penyanyi veteran, ND Lala.
Selain itu, turut tular video semasa sesi bersalaman di antara ahli keluarga Kazar Saisi di mana ada saudara mara yang menyindir Ira Kazar di atas apa yang berlaku. Di dalam video yang dikongsikan ini, Ira dilihat sedang bersalaman dengan saudara mara apabila bapa saudaranya memberi pesanan kepada isteri kedua Syamsul Yusof ini untuk tidak mencetuskan masalah lagi.
“You jangan buat hal lah.”
Komen netizen
Walaupun pesanan yang disampaikan itu disambut dengan gelak ketawa, reaksi wajah Ira Kazar telah mencuri tumpuan ramai apabila dia kelihatan kekok dan hanya mampu tersenyum. Ujar netizen, pesanan yang diberikan oleh bapa saudara Ira ini juga mempunyai maksud yang mendalam untuk wanita itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat membayangkan bagaimanakah perasaan Ira selepas disindir begitu di hadapan saudara maranya. Malah ada yang berpendapat pastinya wanita itu lebih memahami pesanan yang disampaikan oleh bapa saudaranya ini.
“Kalau Ira dah macam ni, bayangkan si Mira View Chin tu kalau balik raya macam mana pulak kena tiaw.”
“Kalau aku jadi dia, aku tak raya tak jumpa semua orang sebab sindir dalam family ni lain macam terasa dia.”
“Sebenarnya Ira pun malu sebab kalau faham sebenarnya saudara dia tu sindir ye.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.