Isteri Virgoun Dedah Suami Pernah Bawa Penyondol Datang Beraya Di Rumah, “Saya Tidak Tahu Dia Siapa…”

Sponsored

Dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan dari isteri kepada penyanyi Indonesia, Virgoun yang membongkarkan mengenai kecurangan suaminya. Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, Inara Rusli memberitahu Virgoun ada melakukan hubungan sulit bersama wanita lain sejak dua tahun yang lalu.

Difahamkan, Virgoun pernah menandatangani surat perjanjian dua tahun lalu di mana dia berjanji tidak akan berlaku curang lagi namun akhirnya gagal menepati janji tersebut. Di dalam surat perjanjian itu juga, Virgoun berjanji akan menyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada isteri sekiranya dia curang sekali lagi.

Sponsored

Selain itu, Ina Rusli mendedahkan dia pernah dipertemukan dengan orang ketiga atau penyondol yang menjalinkan hubungan dengan suaminya. Namun pada ketika itu, dia tidak tahu wanita yang diperkenalkan oleh Virgoun mempunyai hubungan sulit dengan suaminya sendiri.

“Saya pernah diperkenalkan dengan perempuan itu di sebuah kafe tempat Virgoun dan kelab motornya berkumpul. Saya tidak tahu dia siapa tapi selang beberapa bulan ada yang memberitahu perempuan itulah pelakornya (perampas laki orang).”

Sponsored

Tambahnya lagi, wanita itu juga pernah datang ke rumahnya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Terdahulu, Ina Rusli mengejutkan peminat Virgoun apabila mendedahkan bukti kecurangan suaminya yang telah berlaku sejak tahun 2021 lagi termasuklah melakukan perbuatan melampaui batas.

Pendedahan itu dibuat selepas Ina mendapat mimpi bahawa suaminya bermain kayu tiga bersama wanita lain. Malah wanita yang dimaksudkan sebagai orang ketiga itu juga pernah meminta wang dari Virgoun untuk menanggung pembiayaan pengajiannya.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak