Penampilan Zizie Izette jadi perhatian, “Kalau tak suka, itu masalah kamu”

Sponsored

Scroll sahaja ruangan media sosial terutama di Instagram, ramai selebriti juga berkongsikan foto-foto mereka meraikan hari Raya pada kali ini yang disambut meriah bersama keluarga, sahabat dan sebagainya. Tentu sahaja antara yang menarik tumpuan peminat adalah penampilan mereka.

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette juga antara selebriti yang menerima pujian ramai dengan penampilannya yang kian cantik meskipun kini berusia 44 tahun. Menerusi Instagram, Zizie Izette berkongsikan beberapa penampilannya namun ternyata dia turut menjadi mangsa kecaman ramai kerana berkongsi foto tidak bertudung.

Sponsored

Foto baharu jadi tumpuan

Namun begitu, menerusi perkongsian Zizie Izette berbaju serba biru ini membuatkan dia tampil menulis kapsyen panjang tentang sesiapa yang tidak menyukainya. Sedar diri menjadi perbualan, dirinya tampil bersuara dimana jika ada yang suka, sukalah katanya namun jika tidak dia tidak mengambil pusing kerana dirinya akui tiada sebarang masalah dengan sesiapa.

Sponsored

Saya berada pada usia dimana kalau kamu suka saya, sukalah saya dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal.

Kalau tak suka saya, itu masalah kamu. Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan.”

Sponsored

Terdahulu pelakon ini mulai menjadi perbualan dan mencuri perhatian ramai selepas kemunculannya yang tampil kian cantik dan kurus.