Isteri Fizo Omar Dipuji, Layan Maryam Sama Macam Anak Kandung, “Kalau Semua Mak Tiri Macam Ni…”

Sponsored

Umum mengetahui pelakon Fizo Omar mempunyai seorang anak perempuan dari hasil perkahwinannya sebelum ini bersama bekas isteri, Mawar Karim. Baru-baru ini pula, isteri kepada pelakon tersebut iaitu Fazeera Nazri Azrai ada memuat naik video bersama-sama anak tirinya, Wan Maryam.

Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, wanita itu berkongsikan kerenah Maryam yang semakin petah berkata-kata ini. Apa yang menarik perhatian ramai ialah Fazeera begitu rajin melayan celoteh Maryam semasa menjaga anaknya yang masih kecil, Wan Khaleeda.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Fazeera meluahkan rasa syukur apabila kedua-dua anaknya itu saling sayang menyayangi satu sama lain dan mempunyai hubungan yang akrab. Dia turut berharap hubungan baik mereka ini dapat dikekalkan sehingga akhir hayat.

“Umi sangat happy tengok dua-dua anak Umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak Umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila.”

Sponsored
@iamfizoomar

umi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ❤️

♬ original sound – Fizo Omar – Fizo Omar

Perkongsian tersebut turut membuatkan ramai berasa terharu melihat layanan yang diberikan Fazeera terhadap anak tirinya itu. Malah rata-rata netizen berkata kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan begitu selesa dengan wanita itu dan dilihat begitu rapat dengan satu sama lain.

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, netizen memuji hubungan baik yang ditunjukkan oleh Fazeera dan Maryam ini walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan hubungan baik itu berkekalan dan dapat memberikan contoh yang baik kepada semua ibu tiri di luar sana.

Sponsored

“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia…”

“Bertuah Maryam dapat mak tiri yang baik macam mak kandung.”

“Nampak mariam selesa dengan umi dia, tu tandanya dapat layanan yang baik dari umi dia…”

Sekadar info, pelakon Fizo Omar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok