Pelakon Remy Ishak sebelum ini mengesahkan isterinya sedang hamil lima bulan sekaligus menamatkan spekulasi mengenai keadaan isterinya itu. Terdahulu, ramai yang bertanyakan kepada isterinya, Ezza Yusof susulan penampakan ‘baby bump’ pada gambar yang dikongsikan wanita itu di Instagram.
Jelas Remy, pada awalnya dia mahu berkongsikan mengenai berita kehamilan isterinya itu namun memilih untuk menunggu sehingga kandungan berada dalam keadaan yang sihat dan kuat. Pelakon itu juga hanya berkongsikan tentang perkara tersebut selepas lima bulan usia kandungan.
“Doktor pun ada maklumkan supaya saya tidak berkongsi perkara ini terlebih dulu tapi kini semuanya sudah terjawab apabila isteri sudah melepasi trimester pertama.”
Isteri mengidam
Tidak lagi berselindung dengan status kehamilan isterinya, Remy baru-baru ini memuat naik perkongsian mengenai isterinya di Instagram Story. Di dalam hantaran tersebut, Remy meluahkan rasa kesal apabila tidak dapat memenuhi keinginan isterinya yang kini sedang berbadan dua.
Difahamkan, Ezza telah mengidam untuk makan buah ciku namun Remy pada ketika ini sedang sibuk di set penggambaran dan tidak sempat menunaikan keinginan isterinya. Namun mujur juga ada individu lain yang dikenali mereka yang membantu memberikan buah ciku buat isterinya yang sedang mengidam.
“Saya husband yang teruk. Wife mengidam nak makan ciku pun tak sempat cari. Nasib baik Kak Dila jadi penyelamat, import dari Kedah.”
Remy Ishak dan Ezza Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 di dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 2017 namun ikatan pertunangan itu terputus pada tahun 2019. Hubungan pasangan ini kembali pulih semula di mana mereka akhirnya selamat bergelar pasangan suami isteri.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.