Remy Ishak Tak Kisah Dikutuk Makin Selekeh Lepas Kahwin, “Saya Tak Sedar Pun Tapi Orang Lain Mungkin Perasan…”

Sponsored

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ezza Yusof pada Ogos 2021, pelakon Remy Ishak telah menerima kritikan dari netizen tentang penampilannya yang dikatakan semakin selekeh. Malah ada yang berkata Remy kelihatan tidak terurus selepas berkahwin berbeza dengan dirinya dahulu.

Namun bagi pelakon berusia 41 tahun itu, dia hanya berlapang dada sahaja dengan kritikan yang diberikan oleh netizen ini. Menurutnya, dia percaya setiap manusia yang hidup di muka bumi ini akan mengalami perubahan tersebut apabila semakin berusia.

Sponsored

“Benda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu. Saya sama sahaja. Biasa sahaja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasan benda itu (perubahan penampilan).”

Baginya, sudah menjadi lumrah kehidupan kerana tidak boleh mengubah pandangan atau mentaliti seseorang. Tambah Remy, perkara tersebut normal berlaku kepada artis apabila ada peminat yang akan lari selepas artis kesayangan mereka sudah berkahwin.

Sponsored

“Mungkin peminat skeptikal bila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain.”

Dalam masa yang sama, pelakon itu memberitahu dia sendiri tidak tahu untuk memberikan komen setiap kali menerima kritikan tentang penampilannya yang dikatakan semakin selekeh selepas berkahwin. Namun dia tidak mahu terlalu memikirkan sama ada dia masih digilai para peminat seperti di zaman bujang dahulu.

Sponsored

“Ada peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa. Saya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak.”

Walau bagaimanapun, Remy bersyukur dia masih lagi menerima tawaran berlakon pada usianya yang sudah mencecah 40-an ini. Difahamkan, Remy bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul Harum Malam yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo